Wabak paling bawa maut, Black Death kembali?

Oleh – Syeikh Baran


Wabak paling bawa maut, Black Death kembali?
Wabak bubonik pernah membunuh satu pertiga populasi Eropah pada Zaman Pertengahan. Foto Agensi

Pihak berkuasa kesihatan di negeri Oregon, Amerika Syarikat (AS) mendedahkan mereka sedang menangani kes wabak bubonik yang jarang berlaku pada manusia dan dipercayai telah disebarkan oleh kucing peliharaan.

Penyakit itu yang mencetuskan pandemik pada Zaman Pertengahan turut dikenali sebagai Black Death.



Identiti pesakit di daerah Deschutes itu bagaimanapun tidak didedahkan kepada umum dan dia kini sedang dirawat.

“Kesemua kontak rapat dan pemilik haiwan peliharaan telah dihubungi. Mereka turut diberikan ubat sebagai langkah pencegahan awal,” kata Pegawai Kesihatan Daerah Deschutes, Dr Richard Fawcett ketika mengumumkan tentang kes itu pada minggu lalu.

Menurutnya, gejala wabak itu seperti demam, loya, sakit otot dan tubuh menggigil hanya boleh dilihat selepas tempoh lapan hari selepas terdedah kepada haiwan atau kutu yang dijangkiti.

“Kes tersebut dapat dikesan pada peringkat awal dan tidak berisiko tinggi kepada masyarakat. Tiada kes tambahan dikenal pasti ketika siasatan penyakit berjangkit itu dijalankan,” ujar pihak berkuasa kesihatan Oregon dalam satu kenyataan.



Difahamkan, wabak itu jarang berlaku di kawasan tersebut dan kali terakhir dilaporkan pada 2015.

Black Death yang melanda Eropah pada abad ke-14 pernah meragut kira-kira 50 juta nyawa dan merupakan salah satu pandemik paling membawa maut dalam sejarah manusia. – AFP

Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button