Mangsa banjir di Pasir Mas dan Tanah Merah meningkat

Kota Bharu: Hujan lebat sejak semalam menyebabkan jumlah mangsa banjir meningkat yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah iaitu Pasir Mas dan Tanah Merah.

Jumlah mangsa yang direkodkan adalah 1,663 orang daripada 515 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS sehingga 10.30 pagi ini berbanding 1,584 orang semalam.

Menurut laman web infobencanajkmv2.jkm.gov.my, tiga PPS di Tanah Merah dibuka pagi tadi susulan beberapa kampung daerah itu dilanda banjir.



Bagi Pasir Mas, mangsa banjir ditempatkan di enam PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh seramai 712 orang dan SK Gual Periok dengan jumlah 502 orang.

Selain itu, mangsa ditempatkan di SK Kubang Kual (165 orang), PPS Putat Tujoh dengan jumlah 106 orang, Masjid Mukim Padang Licin seramai 57 orang dan SK Kedai Tanjong seramai 28 orang.

Sementara itu, mangsa banjir di Tanah merah pula berada di SK Batang Merbau seramai 43 orang, SK Kelewek (46 oran) dan SK Gual Jedok dengan jumlah empat orang.



METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading