Wanita dibunuh sebab tolak perkahwinan diatur keluarga

Wanita dibunuh sebab tolak perkahwinan diatur keluarga

Wanita dibunuh sebab tolak perkahwinan diatur keluarga
SAMAN Abbas. FOTO Agensi

Rom: Suami isteri Pakistan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah Itali pada Selasa kerana membunuh anak perempuan mereka pada 2021.

Ia selepas mangsa menolak perkahwinan yang keluarga aturkan.

Saman Abbas, 18, tinggal di Novellara dekat Bologna, apabila dia menghilangkan diri pada Mei 2021, setelah menolak permintaan keluarganya pada tahun sebelumnya untuk berkahwin dengan sepupu di Pakistan.



Sebuah tribunal di Reggio Emilia di tengah Itali memutuskan bahawa ibu bapa mengarahkan pembunuhan itu, dan seorang bapa saudara mencekik mangsa.

Bapa saudara itu dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun selepas menerima tawaran pengakuan, manakala dua sepupu dibebaskan dalam kes yang menggemparkan negara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Abbas dilaporkan mengecam ibu bapanya kepada polis dan pekerja sosial kerana menempatkannya di tempat perlindungan, pada November 2020.

Tetapi dia melawat keluarganya pada April 2021, merancang untuk mengambil pasportnya dan memulakan hidup baharu dengan teman lelakinya, yang tidak dipersetujui oleh keluarganya.



Dia hilang tidak lama kemudian, dan polis yang dimaklumkan oleh teman lelaki kemudian menyerbu rumah keluarga itu pada Mei, tetapi ibu bapanya sudah berlepas ke Pakistan.

Wanita muda itu mungkin dibunuh pada malam 30 April hingga 1 Mei, menurut rakaman kamera pengawasan yang menunjukkan lima orang meninggalkan rumah keluarga itu dengan penyodok dan baldi, sebelum pulang ke situ, dua setengah jam kemudian.

Setahun kemudian, mayat Abbas ditemukan di rumah ladang terbiar dengan lehernya patah.

Abangnya memberitahu polis bahawa dia mendengar bapanya bercakap mengenai pembunuhan itu dan bapa saudara yang membunuh kakaknya.



Bapanya, Shabbar Abbas, ditangkap di Pakistan dan diekstradisi ke Itali pada Ogos 2023.

Bapa saudara itu, Danish Hasnain, diserahkan oleh pihak berkuasa Perancis, manakala sepupunya ditahan di Sepanyol.

Empat lelaki itu hadir dalam perbicaraan, tetapi ibunya, Nazia Shaheen, masih menjadi buruan.

Wanita dibunuh sebab tolak perkahwinan diatur keluarga


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Wujud Konspirasi Untuk Jatuhkan Anthony Loke Dalam DAP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading