Menantu Muhyiddin Nafi Melarikan Diri Tapi SPRM Akan Minta Bantuan Interpol Untuk Mencari

Menantu Muhyiddin Nafi Melarikan Diri Tapi SPRM Akan Minta Bantuan Interpol Untuk Mencari

Menantu Muhyiddin Nafi Melarikan Diri Tapi SPRM Akan Minta Bantuan Interpol Untuk Mencari

Menantu lelaki Muhyiddin Yasin, Adlan Berhan, menafikan bahawa beliau melarikan diri ke luar negara sebagaimana yang didakwa.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan melalui peguam beliau, Baljit Singh Sidhu, beliau tidak pernah ditangkap, dipanggil oleh SPRM untuk perjumpaan atau membantu siasatan.

“Kenyataan akhbar itu setakat ini bertujuan untuk memberikan tanggapan bahawa anak guam kami adalah seorang pelarian yang melarikan diri”.



“Anak guam kami menolak sama sekali, tohmahan sedemikian”.

“Anak guam kami, seperti mana-mana warganegara Malaysia yang bebas, mempunyai hak untuk bergerak dan melancong, termasuk ke luar negara”.

“Dan lebih-lebih lagi untuk menjalankan perniagaannya di mana-mana tempat di dunia”.

“Penggunaan hak ini oleh anak guam kami tidak boleh ditafsirkan atau diselewengkan sebagai percubaan untuk mengelak atau menghalang siasatan”.



Namun dalam isu yang sama, SPRM mengeluarkan kenyataan yang dilihat bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Adlan Berhan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, menegaskan SPRM akan menggunakan khidmat polis antarabangsa (Interpol) untuk mengesan Adlan Berhan.

“Kami mengesyaki dia berada di negara tertentu tetapi kami belum boleh dedahkan negara itu”.



“Mereka melarikan diri dari Malaysia selepas menyedari nama mereka dimasukkan dalam ‘wanted list’ (orang dikehendaki) agensi itu”.

“Notis berulang kali kepada kedua-dua mereka supaya tampil merakamkan kenyataan tidak diendahkan”.

“Sehingga memaksa SPRM mengeluarkan kenyataan melalui akhbar”.

“Kedua-dua mereka ini juga diperlukan untuk tindakan (pendakwaan) mahkamah”.



“Mereka disenaraikan dalam ‘orang dikehendaki’ apabila gagal hadir”.

“Kami sedang dapatkan bantuan polis dan jabatan imigresen untuk bekukan pasport mereka,” jelas Azam Baki.

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera



Nasihat penulis kepada Adlan Berhan, pulanglah, ramai yang merindui beliau…😜😜😜

 

Menantu Muhyiddin Nafi Melarikan Diri Tapi SPRM Akan Minta Bantuan Interpol Untuk Mencari

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading