Tiada pihak saman isu kuari Bukit Lagong

SHAH ALAM: Belum ada pihak yang memfailkan tindakan mahkamah berhubung dakwaan kewujudan kuari di Hutan Simpan Bukit Lagong, Gombak.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian, berkata sekiranya terdapat pihak yang memfailkan tuntutan saman terhadap kerajaan negeri, beban pembuktian pada pihak yang menuntut dan bukan berdasarkan anggapan semata-mata.

“Di pihak kerajaan negeri, semua keputusan yang dibuat di bawah kuasa secara telus dengan mematuhi proses dan prosedur yang ditetapkan serta berdasarkan kepada undang-undang.



“Kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor sentiasa komited untuk mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan dan mengoptimum sumbangannya kepada pembangunan sosioekonomi negeri dan negara,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Loy Sian menjawab soalan Saari Sungib (PH-Hulu Kelang) berhubung pendirian dan tindakan kerajaan negeri terhadap langkah yang akan dibuat oleh pihak tertentu untuk menyaman kerajaan sebanyak RM1 bilion berikutan kes Hutan Simpan Bukit Lagong.

Sebelum ini, media melaporkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Otai Reformis meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kewujudan kartel kuari di Hutan Simpan Bukit Lagong, Gombak yang didakwa mengaut keuntungan atas angin membabitkan empat syarikat.

Dalam perkembangan lain, menjawab pertanyaan punca kematian pokok bakau di Hutan Simpan Kapar yang dikatakan disebabkan oleh kesan secara langsung daripada pelepasan bahan cemar stesen Kapar Energy Ventures (KEV) di kawasan itu, Loy Sian berkata, Jabatan Perhutanan tidak dapat mengesahkan perkara itu.

“Ini kerana kajian secara terperinci akan dilaksanakan jika ada keperluan. Namun, operasi KEV ini sentiasa dipantau oleh agensi-agensi teknikal seperti Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengawal sebarang impak kepada alam sekitar,” katanya.



Loy Sian berkata, berdasarkan pemantauan dan usaha pemuliharaan dan pemeliharaan kawasan hutan paya laut di Selangor, didapati tiada kesan kematian pokok secara mendadak di Hutan Simpan Kapar.

Bagaimanapun, katanya, terdapat sebahagian kecil pokok-pokok bakau yang mati disebabkan oleh faktor semula jadi seperti tempoh jangka hayat pokok yang melebihi usia matang dan kesan hakisan ombak dan Jabatan Perhutanan Selangor belum melaksanakan kajian secara intensif bagi kes kematian pokok bakau ini.

Beliau menjawab soalan Dr Daroyah Alwi (PBM-Sementa) yang ingin tahu punca kematian pokok bakau di pesisir pantai.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading