Kepimpinan tertinggi Pejuang perlu Bai’ah setia – Mukhriz

15/02/2021 07:43 PM

KUALA LUMPUR, 15 Feb — Setiap ahli kepimpinan tertinggi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) perlu melakukan Bai’ah (angkat sumpah dengan Al-Quran) bagi menzahirkan kesetiaan mereka terhadap parti, kata presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mukhriz berkata walaupun langkah itu mungkin bukan jaminan bagi mereka yang terlibat untuk tidak berpaling tadah, namun Mukhriz berharap ahli Pejuang akan berpegang teguh pada Bai’ah mereka.



“Lantikan tertinggi kepimpinan negeri juga perlu melakukan Bai’ah, namun ahli peringkat biasa akan dikecualikan,” katanya pada sidang media secara dalam talian di sini hari ini, yang menyaksikan beliau turut memperkenalkan beberapa lantikan baharu ahli majlis eksekutif pusat parti itu.

Bekas Ketua Penerangan Armada (Bersatu) Ulya Uqamah Husamudin dilantik sebagai Ketua Penerangan, bekas Naib Presiden IKRAM Datin Paduka Asmah Ibrahim dilantik sebagai Ketua Pejuanita, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin dilantik sebagai Ketua Pejuang Muda, manakala bekas Ketua Penerangan Puteri UMNO Bahagian, Nurul Ashikin Nabahwi dilantik sebagai Ketua Pejuanita Muda.

Turut diumum pelantikan ketua jawatankuasa-jawatankuasa lain termasuk Biro Kebajikan, Biro Guaman, Biro Ekonomi dan Biro Perpaduan.

Mengulas mengenai status pendaftaran Pejuang, Mukhriz berkata setakat ini proses itu di bawah penelitian Bahagian Dasar Kementerian Dalam Negeri untuk dipertimbangkan.



Kenyataan media Pengerusi Biro Komunikasi Antarabangsa dan Diplomasi MCA Dr Tee Ching Seng – PBB wajar selesaikan masalah Rohingya di puncanya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button