Kuda ‘terperanjat’ cederakan anggota tentera, orang awam

Oleh – Syeikh Baran


Kuda 'terperanjat' cederakan anggota tentera, orang awam
Beberapa kuda berlari berkeliaran di tengah-tengah London selepas terperanjat semasa melalui kawasan pembinaan semasa rutin latihan pada pagi Rabu. Agensi

Tentera Britain berjaya menangkap semula lima ekor kuda selepas haiwan itu berjaya melepaskan diri daripada Pasukan Berkuda Isi Rumah sehingga mencederakan sekurang-kurangnya empat orang.

Kejadian jarang berlaku itu berlaku di tengah-tengah ibu kota London berhampiran Istana Buckingham di mana haiwan itu didapati terperanjat semasa sedang melalui tapak pembinaan berhampiran.



“Beberapa ekor kuda terlepas semasa latihan rutin pada pagi Rabu. Bagaimanapun semua kuda itu berjaya ditemui dan diserahkan kepada kem tentera.

“Dalam kejadian itu, tiga anggota tentera dan satu orang awam mengalami kecederaan dan mereka sedang mendapatkan rawatan lanjut,” kata jurucakap tentera Britain dalam satu kenyataan.

Rakaman dalam televisyen menunjukkan seekor kuda putih berlumuran darah pada bahagian dada selepas didapati berlanggar dengan sebuah kenderaan lain.

Difahamkan kuda itu milik Pasukan Berkuda Isi Rumah yang bertindak sebagai pengawal peribadi Raja Britain dan juga mengambil bahagian dalam upacara penting diraja.



Haiwan itu ditempatkan di berek Hyde Park yang terletak kira-kira satu kilometer dari Istana Buckingham. – Agensi

Sumber – SINAR HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading