Helikopter bawa 20 anggota marin AS terhempas

Helikopter bawa 20 anggota marin AS terhempas

Helikopter bawa 20 anggota marin AS terhempas
FOTO fail menunjukkan Bell Boeing V-22 Osprey di Kuwait City pada 15 Januari 2019. FOTO AFP

Sydney: Helikopter tentera V-22 Osprey, yang membawa kira-kira 20 anggota marin Amerika Syarikat, terhempas semasa latihan Predators Run di luar pantai bandar Darwin di utara Australia, Sputnik memetik laporan Sky News Australia pada Ahad, memetik sumber.

Nahas helikopter itu di Pulau Tiwi, lapor penyiar itu menambah insiden berkenaan mungkin mengorbankan nyawa.

Penyiar ABC melaporkan beberapa anggota diselamatkan selepas nahas itu dan tiada laporan awal mengenai kemalangan jiwa.



Latihan itu, yang membabitkan tentera dari Amerika Syarikat, Australia, Indonesia, Filipina dan Timor-Leste, akan digantung susulan nahas itu, kata laporan berkenaan.

Helikopter bawa 20 anggota marin AS terhempas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Siapa Yang Mampu Menenggelamkan Populariti Sanusi?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button