Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang

Oleh – Syeikh Baran


Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang
Kereta Proton Pesona yang terbabas lalu terbalik dalam longkang di KM 226.1 Lebuhraya WCE arah utara, malam tadi. Foto ihsan JBPM Perak

Dua wanita cedera manakala dua lagi termasuk seorang kanak-kanak perempuan selamat setelah kereta yang dinaiki terbabas lalu terbalik dalam longkang di Kilometer (KM) 226.1 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara, malam tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kejadian itu mengakibatkan salah seorang mangsa tersepit dalam kenderaan itu.



Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.29 malam, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar dibantu Sitiawan bergegas ke lokasi.

“Terdapat empat orang mangsa dalam kereta jenis Proton Pesona iaitu dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.

“Didapati seorang mangsa wanita tersepit, seorang lagi cedera, manakala dua lagi selamat,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan.

Sabarodzi berkata, komander operasi kemudian melaksanakan size-up serta mengaplikasikan konsep SAVER.



menggunakan peralatan menyelamat hidraulik.

Setelah itu, mangsa diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia bagi rawatan lanjut. – Awani

Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button