Peniaga positif dadah, didakwa rogol remaja selepas tawar kerja

Peniaga positif dadah, didakwa rogol remaja selepas tawar kerja

Peniaga positif dadah, didakwa rogol remaja selepas tawar kerja

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga yang dikesan positif dadah, direman enam hari hingga Selasa depan kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan selepas menawarkan pekerjaan kepada mangsa, di sebuah hotel di Taman Dagang, Ampang Jaya, 9 April lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare, berkata mangsa berusia 17 tahun yang trauma dengan kejadian itu kemudian tampil membuat laporan pada 16 April lalu.



Berdasarkan laporan polis itu, beliau berkata, mangsa mendakwa suspek menariknya secara paksa untuk masuk ke hotel berkenaan kira-kira jam 2 pagi 9 April lalu sebelum dirogol dua kali oleh lelaki terbabit di lokasi sama.

“Hasil siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa dijanjikan pekerjaan oleh suspek dan diajak berjumpa dengan majikan.

“Namun, suspek didakwa telah merogol remaja itu tanpa kerelaan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, beliau berkata, pihaknya berjaya menahan suspek lelaki tempatan berusia 36 tahun yang bekerja sebagai peniaga, di Hulu Langat pada 17 April lalu.



“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya sambil memaklumkan lelaki itu direman bermula Khamis lalu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat, jika sabit kesalahan.

Peniaga positif dadah, didakwa rogol remaja selepas tawar kerja

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading