Nilai eksport industri halal naik ke RM300 bilion pada 2030

Nilai eksport industri halal naik ke RM300 bilion pada 2030

Nilai eksport industri halal naik ke RM300 bilion pada 2030

Putrajaya: Nilai eksport bagi industri halal negara dijangka meningkat kepada RM300 bilion atau sekitar 11 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030.

Pengerusi Halal Development Corporation Bhd (HDC), Khairul Azwan Harun berkata, sasaran lonjakan yang besar itu adalah berdasarkan kepada pelbagai langkah pembangunan dilaksanakan Malaysia dalam industri halal.



Beliau berkata, Malaysia juga semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri halal global dengan semakin banyak negara menjalin kerjasama strategik dalam industri terbabit.

Selain itu, katanya, permintaan terhadap produk halal juga melonjak bukan hanya dari negara Islam, tetapi turut merangkumi negara bukan Islam.

“Malaysia akan meneruskan pelbagai usaha dan inisiatif bagi menjadikan kita kekal peneraju dalam industri,” katanya selepas majlis pertemuan santai dengan delegasi Arab Saudi di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Food & Drug Authority, Dr Hisham Saad Aljadhey dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari.

Mengulas lanjut, Khairul Azwan berkata, bagi memperkasakan industri halal pada peringkat global, Malaysia juga memerlukan kerjasama dengan negara pengeluar produk halal yang lain seperti Arab Saudi.



Nilai eksport industri halal naik ke RM300 bilion pada 2030

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Janggal Bunyinya Bila Annuar Musa Bercakap Tentang Kesetiaan Kepada Raja



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading