Gelagat Siti Nurhaliza Makeup Sambil Jawab Soalan Datuk K [VIDEO]

Cetus Perhatian Ramai!

Gelagat Siti Nurhaliza Makeup Sambil Jawab Soalan Datuk K [VIDEO]

Gelagat Siti Nurhaliza Makeup Sambil Jawab Soalan Datuk K [VIDEO]

Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.



“Sotong Tak Buat, Buat Ikan Je. Nanti Balik Buat”-Tokti

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitinurhalizafan yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 119 ribu, tanda suka sebanyak 1,297 dan sebanyak 38 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang sedang bersiap dengan menggunakan alat solek sambil menjawab pertanyaan dari Datuk Khalid mengenai lauk pauk yang dibekalkannya itu.

@sitinurhalizafan

Comel Bila DS Siti Nurhaliza Buat Masakan Ikan Tak Buat Masakan Sotong 😂



♬ original sound – Siti Nurhaliza Fans – Siti Nurhaliza Fans

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa, mereka suka lihat gelagat Tokti bersama suaminya itu. Tambah mereka lagi, Tokti sememangnya seorang yang cantik sama ada ber makeup ataupun tidak.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Gelagat Siti Nurhaliza Makeup Sambil Jawab Soalan Datuk K [VIDEO]

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kes Jana Wibawa Muhyiddin Boleh Menyebabkan PPBM Di Haramkan




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button