Gelagat Syatilla Melvin Beri Baju Untuk Followers [VIDEO]

Tapi Adik-Beradik Pula Yang Berebut Raih Perhatian Ramai!

Gelagat Syatilla Melvin Beri Baju Untuk Followers [VIDEO]

Gelagat Syatilla Melvin Beri Baju Untuk Followers [VIDEO]

Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.

Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2012, bakat lakonan serta wajahnya yang jelita membuatkannya dengan cepat dikenali ramai.



Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.

“Aku Takmau Bagi Kat Hampa”-Syatilla Melvin

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @cikfarahinalimin yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 44 ribu, dan tanda suka sebanyak 889.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Syatilla Melvin dan adiknya Syida sedang menunjukkan baju yang akan diberikan buat pengikut media sosial mereka sekiranya membeli produk mereka itu.

“Tapi muat laa ni”-Kata Syida



“Diam, aku takmau bagi dekat hampa.. baju aku semua lawa, bila aku nak bagi dekat aku punya followers, yang ni nak yang tu nak tapi aku takkan bagi”-Kata Syatilla Melvin

@cikfarahinalimin

bila tilla nak bagi baju pada followers..adek2 pulak nak 😝🤣🤣#themelvinslive

♬ original sound – FARA| Kosmetik Murah – FARA| Kosmetik Murah



Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Syatilla Melvin itu. Mereka juga mengatakan bahawa perangai adik beradik Syatilla Melvin sememangnya sangat lucu.

Gelagat Syatilla Melvin Beri Baju Untuk Followers [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kes Jana Wibawa Muhyiddin Boleh Menyebabkan PPBM Di Haramkan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button