Syarikat swasta serius mahu taja tayangan Euro 2024

Syarikat swasta serius mahu taja tayangan Euro 2024

Syarikat swasta serius mahu taja tayangan Euro 2024
Kejohanan Euro 2024 akan bermula pada 15 Jun depan dengan Jerman menjadi tuan rumah kali ini.

IMPIAN peminat bola sepak tanah air untuk menyaksikan saingan Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2024 secara percuma mungkin menjadi kenyataan apabila syarikat gergasi negara akan menghantar surat rasmi kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) esok.

Menurut sumber syarikat yang boleh dipercayai, kesemua Ahli Lembaga Pengarah dan pengerusi cukup berpuas hati untuk memastikan hak siaran langsung Euro 2024 dapat dibawakan secara percuma buat jutaan rakyat Malaysia.

Menurut wakil tersebut, beberapa tambahan maklumat sudah dimasukkan dalam kertas dokumentasi itu dan akan dihantar esok sebelum disusuli satu kenyataan media selepas itu.



“Pada hari ini, ahli lembaga pengarah syarikat bersama pengerusi telah memberi kelulusan akhir untuk penajaan ini.

“Kita menambah baik beberapa perkara dalam surat dan dokumentasi tersebut sebelum dihantar kepada pihak RTM, dan ia akan diserahkan esok.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Teresa Kok Terima Ugutan Bunuh




“Selepas itu barulah satu kenyataan media akan dikeluarkan. Kelewatan sehari ini kerana ada sedikit perubahan dalam dokumentasi,” kata sumber syarikat itu sekali gus pemakluman media yang dirancang hari ini ditunda esok.

Sebagai rekod, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bersedia mempertimbangkan untuk mendapatkan hak siaran Euro 2024 tetapi perlu berbincang dengan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman terlebih dahulu

Fahmi mengakui kejohanan berkenaan mempunyai pengikutnya tersendiri, namun penelitian secara mendalam perlu dilakukan terutamanya kerana ia bakal melibatkan kos yang tinggi.

Saingan Euro 2024 kali ini membabitkan 24 pasukan terbaik benua Eropah dengan pasukan Itali selaku juara bertahan selepas menewaskan England di pentas final edisi 2020 yang lepas. – KOSMO! ONLINE



Syarikat swasta serius mahu taja tayangan Euro 2024

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tragedi Helikopter Presiden Iran Terhempas, Kemalangan Atau Konspirasi?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button