Mou, perjanjian perniagaan RM3.95j

Mou, perjanjian perniagaan RM3.95j

Mou, perjanjian perniagaan RM3.95j
MOHAMAD Haris (depan empat dari kanan) dan Datin Shahdee Ahmad (depan lima dari kanan) bersama wakil syarikat di Pavilion NCER

Kuala Lumpur :Empat syarikat di bawah Pavilion Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 2024 memeterai memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian perniagaan bernilai lebih RM3.95 juta.

Kerjasama perniagaan utama yang berjaya dibentuk itu membabitkan Fikrisz (M) Sdn Bhd (Fikrisz) dengan Noscamun Co Ltd membabitkan nilai RM1.95 juta yang membolehkan syarikat berkenaan mengembangkan eksport produk kopi ke pasaran halal Korea Selatan.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Mohamad Haris Kader Sultan berkata, Pavilion NCER di Mihas berjaya mencapai matlamatnya untuk membawa produk syarikat tempatan menerokai pasaran antarabangsa di samping membantu mereka dalam perluasan pasaran tempatan.



“Kejayaan syarikat seperti Fikrisz dan DMI Premier menerokai pasaran Korea Selatan akan menjadi pembakar semangat kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) lain di Pavilion NCER untuk meningkatkan daya saing bagi merebut peluang, sepanjang Mihas berlangsung.

“Produk halal Malaysia sentiasa mendapat permintaan tinggi di pasaran dunia, namun untuk memanfaatkan peluang ini, PMKS perlu memiliki strategi pemasaran dan perancangan perniagaan yang betul.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perwakilan PAS Perlis Di Kenakan Tindakan?




“Oleh itu, NCIA komited untuk terus membimbing mereka dan meningkatkan rangkaian hubungan perniagaan dengan pembeli berpotensi,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, Noscamun Co Ltd adalah pemilik rangkaian kafe pelancongan halal di Pulau Jeju, Korea Selatan dan menjadi pengedar serta pembekal produk makanan dan minuman (F&B) halal kepada Pusat Pameran Gangnam di Seoul, di mana produk Fikrisz bakal dipamerkan.

Memorandum lain yang turut dimeterai membabitkan DMI Premier dengan tiga syarikat berasingan iaitu BJY Co Ltd dari Korea Selatan dan dua syarikat tempatan iaitu Buotecnova dan Al Hasqa, diikuti perjanjian antara APP Food Industries dengan syarikat tempatan, Biocell Nature dan syarikat Korea Selatan, KPL Foods dengan Shriyo Venture

Pavilion NCER di Mihas yang berlangsung dari semalam hingga 20 September ini membabikan penyertaan 12 syarikat dari wilayah utara yang merangkumi perniagaan seperti produk kosmetik, kesihatan, pelancongan dan perkhidmatan.



Mohamad Haris berkata, NCIA sentiasa komited untuk memperkukuh ekosistem perniagaan di wilayah utara melalui program strategik selaras dengan Pelan Pembangunan Strategik NCER.

 

Mou, perjanjian perniagaan RM3.95j

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button