Sasar 1,500 graduan TVET

Sasar 1,500 graduan TVET

Sasar 1,500 graduan TVET
Wan Noor Akyilah (empat dari kiri), Shamsul Anuar (tengah), Pengasas Kuala Lumpur Business & TVET Institute (KLTVET) , Prof Madya Ab Razak Zambri (tiga kanan) dan Pengasas Ombak International Academy, Datuk Zulkifli Mohd Sharif (dua kanan) pada Majlis Perasmian MOU Eastern International Academy & KLTVET. FOTO NABILA ADLINA AZAHARI

Kuala Lumpur: Eastern International Academy (EIA) menyasarkan kira-kira 1,500 graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berkemahiran tinggi bagi memenuhi permintaan pasaran pekerjaan dalam pelbagai sektor.

Pengasasnya, Datuk Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin berkata, pihaknya optimis jumlah itu dapat dicapai menerusi memorandum perjanjian persefahaman (MoU) yang dilaksanakan bersama Kuala Lumpur Business & TVET Institute (KLTVET) dan Ombak International Academy (OIA).

Katanya, MoU itu menandakan permulaan usaha strategik untuk memperkasakan TVET di negara ini, sekali gus melahirkan lebih ramai tenaga mahir bagi memenuhi permintaan pasaran kerja tempatan dan antarabangsa.



“Kami komited untuk terus bersaing di persada pendidikan TVET dan memajukan bidang ini ke tahap lebih tinggi.

“Kami juga berharap MoU ini akan memperkukuh kedudukan industri pendidikan TVET di negara kita, setanding dengan pusat pendidikan vokasional antarabangsa,” katanya di majlis menandatangani MoU di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah; Pengerusi KLTVET, Prof Madya Dr Mohamad Ridzuan Zamry dan Pengasas OIA, Datuk Zulkifli Mohd Sharif.

Sasar 1,500 graduan TVET
Wan Noor Akyilah (duduk kiri kiri), bersama Pengasas Kuala Lumpur Business & TVET Institute (KLTVET) , Prof Madya Ab Razak Zambri (duduk dua dari kiri) dan Pengasas Ombak International Academy , Datuk Zulkifli Mohd Sharif (duduk kanan) pada Majlis Perasmian MOU Eastern International Academy & KLTVET, sambil disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah (tengah berdiri). FOTO NABILA ADLINA AZAHARI

Wan Noor Akyilah berkata, EIA menekankan usaha peningkatan kemahiran dan latihan semula melalui program TVET.

“Kami menyediakan infrastruktur moden serta tenaga pengajar bertauliah bagi memastikan dasar TVET sehingga 2030 tercapai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerjasama EIA dengan KLTVET dan universiti luar negara seperti Alzette University, juga membolehkan graduan dari peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) hingga diploma lanjutan TVET dapat melanjutkan pengajian ke tahap lebih tinggi.



Sementara itu, Shamsul Anuar berkata, graduan TVET memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang pekerjaan di negara ini.

“Ini adalah dasar yang signifikan kerana melalui TVET, kita mampu membentuk sekumpulan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

“Dengan tenaga mahir ini, kita dapat memenuhi keperluan pelbagai sektor, termasuk sektor perladangan,” katanya.

 



Sasar 1,500 graduan TVET

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi



 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button