Polis rampas dadah hampir RM450,000, tahan 4 lelaki

Polis rampas dadah hampir RM450,000, tahan 4 lelaki

Polis rampas dadah hampir RM450,000, tahan 4 lelaki
Foto hiasan

PARIT BUNTAR: Polis menahan empat lelaki dan merampas dadah bernilai hampir RM450,000 di Tanjung Piandang, di sini semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata sepasukan anggota menyerbu sebuah kereta di Jalan Ban dan menahan empat lelaki berusia 19 hingga 41 tahun pada jam 10 pagi.

Beliau berkata pemeriksaan menemukan ganja seberat 5,461.75 gram bernilai RM17,050.



“Susulan penahanan semua suspek sekitar jam 3.30 petang hari sama, polis sekali lagi membuat pemeriksaan di lokasi sama dan menemui sebuah beg galas berzip.

“Pemeriksaan menemui pil jenis WY seberat 6416.02 gram dan dadah jenis methamphetamine seberat 2084.75 gram yang dianggarkan bernilai RM423,500.

“Kesemua dadah dirampas dianggarkan bernilai RM440,550 dan mampu digunakan 47,000 penagih,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kesemua ditahan positif dadah jenis THC dan methamphetamine dan turut mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan jenayah.

“Suspek mula aktif sejak Jun lalu. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek direman bermula 1 hingga 7 September bagi membantu siasatan,” katanya.



Polis rampas dadah hampir RM450,000, tahan 4 lelaki


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button