Lelaki Thailand dipenjara 50 tahun kerana hina raja

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki Thailand dipenjara 50 tahun kerana hina raja

Seorang bekas aktivis prodemokrasi dijatuhi hukuman penjara 50 tahun, hari ini, kerana mengkritik raja.



Kumpulan hak asasi undang-undang, Thai Lawyers for Human Rights (TLHR) berkata, ia adalah hukuman penjara paling lama pernah dijatuhkan di bawah undang-undang itu.

Mahkamah Rayuan di utara Chiang Rai menjatuhkan hukuman penjara 50 tahun terhadap Mongkol Thirakot, 30, berhubung hantaran di akaun Facebooknya.

Sebelum ini, beliau dijatuhi hukuman penjara 28 tahun namun beliau kemudian didapati bersalah atas 11 lagi pertuduhan ketika rayuan.

“Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman 22 tahun bagi 27 hantaran di laman Facebooknya.



Undang-undang lese-majeste, melindungi Raja Maha Vajiralongkorn dan keluarga terdekatnya daripada kritikan.

Rekod hukuman yang dijatuhi sebelum ini adalah 43 tahun yang dikenakan ke atas seorang wanita pada 2021.

Mongkol, yang memiliki kedai pakaian dalam talian, ditangkap pada 2021 ketika protes menuntut pembebasan tahanan politik.

Demonstrasi yang diketuai oleh belia pada 2020 dan 2021 menyaksikan puluhan ribu orang turun ke jalan raya, menuntut perubahan kepada undang-undang lese-majeste yang ketat.



TLHR berkata Mongkol akan memohon rayuan terhadap hukuman itu di Mahkamah Agung.

Lebih 250 aktivis didakwa di bawah undang-undang lese-majeste sejak gerakan protes 2020 bermula.

Rabu lalu, hukuman ke atas salah seorang pemimpin utama, peguam Arnon Nampa, ditambah empat tahun lagi. – AFP

Sumber – Berita Harian



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button