Pemimpin Wirawati Warisan Sepanggar keluar parti, dakwa 9 cawangan ditutup

KOTA KINABALU, 21 Jun — Seorang pemimpin sayap wanita Parti Warisan Sabah (Warisan) Cabang Sepanggar mendakwa lebih 600 ahli di cabang itu keluar parti bersama-sama beliau hari ini.

Ketua Wirawati Warisan Sepanggar Raisa Abd Ghaffur juga mendakwa keputusan itu menyebabkan sembilan daripada 81 cawangan di cabang berkenaan ditutup.

Bercakap kepada pemberita di sini, Raisa berkata mereka bertindak keluar parti selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan cabang yang diterajui oleh Datuk Azis Jamman.



Tindakan ini diambil atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak, katanya.

— BERNAMA


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading