Petronas akan bayar dividen RM40 bilion kepada kerajaan tahun Ini

Petronas akan bayar dividen RM40 bilion kepada kerajaan tahun Ini

Petronas akan bayar dividen RM40 bilion kepada kerajaan tahun Ini
Petronas akan bayar dividen RM40 bilion kepada kerajaan tahun Ini.

Kuala Lumpur: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan membayar dividen berjumlah RM40 bilion kepada kerajaan tahun ini iaitu RM5 bilion lebih berbanding RM35 bilion yang diumumkan sebelum ini.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Liza Mustapha berkata, pembayaran dividen itu dibuat berdasarkan kepada kemampuan Petronas.

“Ia adalah unjuran jangka panjang dalam perbincangan yang kami ada dengan pemegang saham kami. Kami mengambil pandangan yang agak jauh (dalam) perbincangan kami, bukan setakat untuk 12 bulan akan datang tetapi katakanlah, sehingga ke 2030.



“(Mengenai persoalan) sama ada apa yang kami belanjakan untuk perniagaan baharu akan menjejaskan dividen, sebenarnya saya ingin katakan sebaliknya, kami mengatur (pendekatan) daripada atas ke bawah dalam peruntukan modal.

“Kami akan mengetepikan secara purata 20 peratus daripada perbelanjaan modal (capex) untuk perniagaan dan pelaburan baharu bagi mendapatkan tenaga baharu,” katanya kepada pemberita pada pengumuman prestasi kewangan separuh pertama 2023 Petronas di sini, semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Yang Mampu Menenggelamkan Populariti Sanusi?



“Permintaan tenaga akan bertambah. Sistem (tenaga) baharu tidak akan wujud dalam tempoh satu atau dua tahun… kami perlu memastikan permintaan (semasa) terus ditangani,” katanya sambil menambah kumpulan itu perlu mengetepikan “penampan” bagi meneruskan perniagaan seperti biasa.

Petronas akan bayar dividen RM40 bilion kepada kerajaan tahun Ini


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading