Finas mahu siarkan filem-filem lama sempena Bulan Kemerdekaan

KUALA LUMPUR, 15 Julai — Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berhasrat untuk menyiarkan filem-filem lama bagi memberi maklumat kepada generasi muda berhubung keadaan sebenar di Malaysia sejak kira-kira 60 tahun dahulu, bersempena dengan sambutan kemerdekaan Ogos ini.

Pengerusi Finas Zakaria Abdul Hamid berkata perbadanan itu mungkin bekerjasama dengan Bernama untuk mendapatkan ‘airtime’ bagi memulakan satu saluran khas bagi tujuan itu.

“Kita nak cari balik filem-filem lama itu… di situ anak-anak muda, generasi baru kita, malahan saya juga sebenarnya banyak benda yang saya tidak tahu, tetapi kita ada semua itu.



“Contohnya, macam mana permulaan kita buka Felda (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan), kita tebang pokok, mak ayah kita buat… bahan-bahan itu semua ada (dalam filem-filem lama) dan kita perlu tayangkan semula kepada anak-anak muda kita,” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara yang disiarkan Bernama TV malam ini.

Malaysia bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-63 pada 31 Ogos ini.

Sementara itu, Zakaria berkata beliau berdepan dengan cabaran besar untuk melihat satu hari nanti filem tempatan mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

“Anugerah Oscar tahap maksimum yang paling tinggi dalam perfileman. Kalau dalam sukan kita boleh capai (letak sasaran) pingat emas (peringkat tertinggi), kenapa tidak dalam perfileman ini kita juga patut mempunyai cita-cita untuk sampai ke anugerah Oscar satu hari nanti,” katanya.



— BERNAMA


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading