Alam Flora sasar keuntungan lebih tinggi tahun ini

Alam Flora sasar keuntungan lebih tinggi tahun ini

Alam Flora sasar keuntungan lebih tinggi tahun ini
Alam Flora sasar keuntungan lebih tinggi tahun ini

Kuala Lumpur: Alam Flora Sdn Bhd, anak syarikat Malakoff Corporation Bhd menyasarkan keuntungan lebih tinggi tahun ini disokong oleh penyediaan perkhidmatan berasaskan alam sekitar, sosial dan tadbir urusnya (ESG).

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd Zain Hassan berkata, kebanyakan pemain industri di negara ini sudah mula menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan syarikat itu bagi menyediakan perkhidmatan yang menumpukan kepada ESG seperti kemudahan terbaharu, Fasiliti Eko Mampan Pemerolehan Semula Sisa (Rise).

“Ramai dah mula minta kepada Alam Flora untuk memberikan perkhidmatan berasaskan ESG seperti Rise yang mana perkhidmatan ini membolehkan sumber yang kita pakai itu dapat digunakan semula untuk industri dan sekali gus boleh beri hasil kepada syarikat,” katanya kepada Bernama selepas program Alam Flora Cyber Eco Hunt 2023, di sini.



Alam Flora merekodkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti tinggi sebanyak RM21.9 juta pada suku kedua tahun ini, berbanding RM20.5 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya, disumbang terutama daripada peningkatan kekerapan aktiviti pembersihan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah.

Pada masa sama, Mohd Zain berkata, anak syarikat milik penuh Alam Flora, Alam Flora Environmental Solutions Sdn Bhd (Afes) membangunkan fasiliti Rise yang seiring dengan inisiatif persendirian Malakoff untuk mencapai kadar kitar semula 15 peratus hingga 20 peratus menjelang 2025.

Alam Flora sasar keuntungan lebih tinggi tahun ini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading