JDT bantu Bergson lebih berbisa

JDT bantu Bergson lebih berbisa

JDT bantu Bergson lebih berbisa
BERGSON berjaya meledak 102 gol dalam 91 penampilan selepas menyertai JDT sejak tiga tahun lalu.

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva akui melalui transformasi menjadi pemain lebih ‘versatile’ sejak menyertai juara Liga Super itu tiga tahun yang lalu.

Bergson dilihat bukan sahaja tajam di hadapan pintu gol lawan setelah mencetak 102 gol dalam 91 perlawanan, malah turut menjadikan jentera serangan mampu untuk beraksi dengan lebih baik dan mencipta jaringan.

Penyerang kelahiran Brazil itu akui dia bukanlah pemain yang sama ketika menyertai skuad Harimau Selatan dan tidak tamak di hadapan pintu gol lawan.

“Sebelum datang ke sini saya akui corak permainan saya cenderung kepada individualistik, namun di sini saya mula melalui transformasi menjadi pemain yang lebih baik dan bermain secara berpasukan.

“Kini saya tidak kisah siapa yang jaringkan gol. Seperti dalam perlawanan ini (menentang PDRM), saya serahkan penalti kepada Arif Aiman untuk berikan dia semangat dan saya bangga dengan perkembangan karier saya di JDT.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  


“Sebagai pemain yang memakai lilitan kapten pada aksi kali ini, saya cuba lakukan yang terbaik untuk rakan sepasukan, hasilnya apabila kami berjaya memenangi kejuaraan,” katanya.

Bergson telah mencipta rekod apabila menjadi pemain pertama yang berjaya menjaringkan 100 gol sejak mula menyertai JDT pada 2021.

Dalam pada itu, Bergson yang juga penjaring terbanyak pasukan itu menjelaskan dia tidak terlalu memberikan fokus untuk menambah jaringan peribadinya sebaliknya mahu membantu skuad Harimau Selatan itu merekodkan lebih banyak kejayaan.

Menurut pemain berusia 32 tahun itu, fokusnya ketika ini adalah untuk memberikan aksi yang terbaiknya dalam setiap perlawanan bagi merealisasikan perkara berkenaan.

JDT bantu Bergson lebih berbisa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker