Luahan Che Ta Buatkan Ramai Sebak [VIDEO]

“Aaisyah Kena Jaga Sampai Mummy Dah Takda Tau!”

Luahan Che Ta Buatkan Ramai Sebak [VIDEO]

Luahan Che Ta Buatkan Ramai Sebak [VIDEO]

Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.

Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Dan Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.



“Ni Lah Pengarang Jantung Mummy & Daddy”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video tersebut kini meraih jumlah tontonan sebanyak 35 ribu, tanda suka sebanyak 1,902 dan sebanyak 37 ribu.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang sedang sakit kepala dan dijaga oleh Aaisyah.

“Nasib baik ada anak kesayangan ni, demam sakit boleh tolong picitkan kepala mummy.”-kata Che Ta

“Jaga mummy sampai tua ok”-tambah Che Ta

@rozitachewan1

Ni tgh baik lagi sebab dia blm tau mak dia nk keluaqkan #lipmatte . Bila dia dah tau , jeling kita sia’p sia’p nih 😜 Anak bertuah sungguh lah🤣 . Ni lah dia pengarang jantung mummy dgn daddy 🥰 . Aaisyah kena jaga mummy sampai mummy dah tak dak ok sayang🥰 . #aaisyahdhiarana #cheta #rcw #byrcw #lipmatte #comingsoon #rozitachewan #fyp

♬ kamu begitu berarti dan istimewa di hatiku – Belleza Cinema Production 🏆

Rata-rata netizen sebak melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Che Ta sangat beruntung kerana dikurniakan anak perempuan walaupun seorang, kerana ada diantara mereka yang tidak dapat merasa sebegitu.

Apa-apa pun, semoga Aaisyah membesar menjadi anak yang taat dan berbakti kepada ibu bapanya. Semoga kita semua peroleh rezeki yang melimpah ruah.

Luahan Che Ta Buatkan Ramai Sebak [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



PAS mahu BERSATU bersih dari kluster Mahkamah?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker