DUN SABAH BUBAR – WARISAN DIJANGKA KALAH TERUK

HUKUM KARMA MENANTI WARISAN DI PRN SABAH?

Gelodak krisis politik Sabah telah mencapai puncak hari ini apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan secara sah oleh Tuan Yang Terutama Sabah (TYT), Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Hj Juhar Hj Mahiruddin petang tadi.



Permohonan pembubaran DUN telah dibuat oleh Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal kepada TYT dengan alasan keadaan politik di Sabah pada ketika ini tidak lagi stabil dan di ancam oleh pihak tertentu yang berniat menjatuhkan kerajaan pimpinan WARISAN Sabah.

Bagi pemerhati politik, tindakan Shafie lebih dilihat sebagai langkah menyelamatkan diri dan terus kekal menjadi Ketua Menteri (Care Taker) selama tempoh dibenarkan Perlembagaan Negeri dan Suruhanjaya Pilihanraya. Bagaimanapun apa yang dilakukan Shafie mengundang spekulasi beliau telah kalah dari bilangan sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di tangan Tan Sri Musa Aman dan bagi menghalang Musa menubuhkan Kerajaan baru maka pembubaran DUN dibuat. Difahamkan rombongan Musa Aman mahu bertemu TYT turut dihalang pihak berkuasa namun tidak diketahui arahan siapa.



Kini rakyat Sabah beroleh sekali lagi peluang menyatakan pendirian mereka terhadap landskap politik Sabah. Siapa yang akan mereka pilih bagi mentadbir Sabah terletak di tangan rakyat Sabah sendiri. Pelbagai isu berlegar di Sabah sejak Warisan memerintah dan menyokong Pakatan Harapan. Sebagai rekod Warisan kalah dalam Prk Kimanis di tangan Barisan Nasional awal Januari 2020. Norma baru politik Sabah pasti wujud kerana Umno tidak mendominasi keseluruhan dan kerjasama antara parti politik Sabah dilihat sebagai jalan terbaik untuk memantapkan kerajaan baru Sabah kelak.

KENYATAAN MEDIA YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN

1. Saya merujuk kepada perkembangan politik yang terkini dan saya ingin menegaskan bahawa pada pagi ini, saya telah menyampaikan kepada Tuan Yang Terutama 33 surat-surat akuan berkanun yang mengesahkan bahawa ADUN-ADUN tersebut telah menarik balik sokongan mereka kepada YAB Datuk Seri Shafie Bin Haji Apdal dan melafazkan sokongan kepada saya agar saya dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.



2. Adalah amat jelas bahawa dari segi undang-undang dan Perlembagaan Negeri Sabah, saya layak dilantik oleh Tuan Yang Terutama untuk menjadi Ketua Menteri Negeri Sabah kerana saya mempunyai sokongan majoriti.

3. Tuan Yang Terutama mempunyai tanggungjawab di bawah Perlembagaan untuk memberi pertimbangan yang wajar sama ada saya mempunyai majoriti yang diperlukan untuk menubuhkan sesuatu kerajaan baru bagi Negeri Sabah.

4. Kami tidak terkejut dengan tindakan ini malah kami telahpun menjangkakan tindakan seperti ini mungkin berlaku.

5. Seharusnya pertimbangan membuat keputusan seperti ini harus mengambil kira wabak Kovid 19 yang melanda negara kita sekarang dan juga negeri Sabah dan sama ada pembubaran dewan undangan negeri di dalam keadaan ini adalah satu langkah yang wajar.



6. Kesihatan dan kepentingan rakyat mestilah sentiasa menjadi keutamaan didalam membuat sebarang keputusan. Jangan sekali- kali kita perjudikan nyawa rakyat kita semata-mata untuk kepentingan peribadi dan politik.

7. Saya ingin menyatakan keikhlasan saya untuk menubuhkan satu kerajaan baru bagi Negeri Sabah.

8. Saya mengulangi sekali lagi dan menegaskan bahawa saya mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Undangan egeri Sabah dan saya berharap bahawa satu keputusan akan diambil secara bijak dan wajar oleh Tuan Yang Terutama untuk melantik saya sebagai Ketua Menteri baru dan memberi peluang untuk menubuhkan satu kerajaan baru bagi rakyat Negeri Sabah.

9. Tetapi, sekiranya benar Dewan Undangan Negeri telahpun dibubarkan, saya dengan sucihati mengatakan bahawa kami akan melawan pilihanraya yang akan datang untuk memberi rakyat Negeri Sabah satu kerajaan baru yang stabil dan memperjuangkan kepentingan kesemua rakyat Negeri ini.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button