PRESIDEN UMNO DAN PAS PERLU BERANI CABUT DURI DALAM MUAFAKAT NASIONAL

DURI DI KAKI MUAFAKAT NASIONAL YANG PERLU DICABUT

Oleh – RMF, Perak

Rakyat bawahan melihat proses penyatuan yang dilaksanakan oleh pemimpin UMNO bersama PAS adalah satu titik tolak permulaan kebersamaan yang diimpikan selama ini. Penyatuan yang telah mengugurkan air mata kegembiraan dikalangan orang Melayu khususnya.

Dalam kegembiraan kita, dalam kesayuan hati kita melihat pemimpin Melayu yang sudah berani meletakkan ego mereka ketahap yang rendah sekali adalah satu bentuk perngorbanan yang seharusnya dihargai.

Sebagaimana adatnya, sebagaimana resamnya sesuatu yang baik itu bukan mudah dicapai dan apa bila dicapai sudah pastinya ada tangan tangan ghaib dan mulut mulut yang tidak akan berpuas hati dengan pencapaian ini.

Dalam kita bersemangat dengan penyatuan ini, tidak dapat dinafikan juga ada pengkhianat yang bertopengkan kelembutan bicara dalam menjalankan misi tersembunyi mereka dari dalam. Mereka ini sentiasa berada didalam barisan kepimpinan dan perjuangan kita.

Ketika kita berlapang dada, mereka menyelinap masuk dalam kancah politik yang menyongsangkan perjuangan. Tatkala kita mensasarkan perjuangan dalam diam mereka menjalankan agenda yang memihak kepada unsur yang lain.



Percangahan ini secara terusnya menyebabkan mereka lupa bahawa mereka diletakkan oleh rakyat dalam politik sebagai pemimpin untuk membela nasib rakyat dan telah berubah sebagai pemimpin yang membela pandangan bagi pihak yang lain.

Kata kata mereka ini dalam sudut politik amat menyelerakan telinga, kata kata yang mereka lafazkan tentang perjuangan. Tidak dapat dinafikan, kita terkesima dengan prinsip perjuangan mereka sehingga kita boleh melihat “burung Unta akan menjadi unta”.

Inilah si Buang yang menyemarakkan kasihnya kepada bangsanya, memperingatkan bangsanya tentang pengkhianatan orang lain, walhal pada masa yang sama manusia yang bergelar si Buang ini lah juga yang terus memperkosakan bangsanya.

Siapakah si Buang ini?, si Buang ini adalah manusia adalah budak suruhannya yang ada didalam Muafakat Nasional dimana tindakan mereka terus melacurkan amanah bangsa Melayu dengan berbagai teori dan kaedah.

Siapakah yang sebenarnya mudah lupa? Melayu yang dahulunya satu kelompok yang terbesar dalam politik Negara, kini telah dipecahkan menjadi lima kelompok yang kecil hanya kerana untuk memuaskan nafsu serakah politik mereka.

Pemimpin politik yang lebih banyak memikirkan soal Melayu berbanding pemimpin lain. Tetapi pada masa yang sama mereka inilah yang mengubah segalanya mengikut kepentingan politik dan peribadinya.

Sebelum ini mereka mengajak rakyat bersama-samanya menolak UMNO yang disifatkannya sudah busuk hingga ke usus serta di dalamnya penuh dengan perompak, pencuri serta penyamun. Hasutan ini terus dilaungkan sehingga ianya menjatuhkan maruah bangsa Melayu secara total.

Satu pengkhianatan yang terbesar dalam sejarah politik Negara bagaimana orang melayu terhasut dengan tindakan untuk bersama sama dengan chauvanis untuk menghancurkan semua hak hak Melayu.

Selama berpuluh tahun itu juga Melayu yang bodoh menjadi permainan mereka dan menggunakan mereka sebagai umpan untuk memperbodohkan Melayu yang lain. Maka lahir lah melayu melayu “bangsat” yang hanya tahu berpolitik tetapi fakta yang dimanipulasikan sehingga pada satu ketika komunis pun menjadi rakan mereka.





Parti ini kini kononnya muncul sebagai ‘pejuang’ dan ‘pembela’ orang Melayu adalah musang yang berbulu ayam berkempen kepada orang Melayu dan masih bertuankan jawatan dan imbuhan serta terus mengatakan bahawa mereka akan berjuang mempertahankan hak-hak orang Melayu, Islam dan bahasa Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dikalangan pemimpin Melayu pula mereka seakan telah hilang kekuatan dan taring untuk mengukuhkan lagi kekuatan Melayu dengan asakan asakan isu yang tidak benar untuk dinyatakan kebenarannya.

Imbuhan dan jawatan serta kesenangan hidup yang ditaburkan kepada Melayu adalah hasil daripada kajian yang telah mereka lakukan. Melayu yang mereka kaji itu adalah golongan yang mahukan kesenangan cara mudah tanpa mempedulikan kepentingan bangsa sendiri.



Ketika itu Melayu sudah hilang bisanya dan melayu akhirnya menjadi seperti Pak Kadok yang menang sorak tapi kampungnya tergadai. Gerakan ini lebih kurang sama dengan gerakan Yahudi yang mahu menawan Palestine dan atas sifat bangsa pendatang,

Melayu harus sedar bahawa parti yang ditubuhkan berselang bulan bukan sebuah parti yang menjamin satu kedamaian untuk semua kaum, Penindasan dan kezaliman yang dilakukan telah kita lihat, dan ianya kini menjadi satu sesalan yang tidak sudah bagai Melayu yang telah terperangkap dengan pujuk rayu yang berteraskan agenda tersembunyi.

Melayu harus sedar bahawa jika dibiarkan bangsa (Melayu) akan menghadapi kesesalan di kemudian hari kerana ketika itu kaum Melayu telah dipinggir di bumi sendiri dan Islam dilihat sebagai satu pegangan serpihan.

Namun percayalah, puak-puak yang rakus mencari kuasa politik ini tidak akan mempedulikan itu semua atas sebab itulah golongan ini perlu ditentang habis-habisan kerana mereka tidak layak berada di bumi Malaysia ini.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button