PKR AKAN DOMINASI PEMBAHAGIAN KERUSI DUN SABAH?

PKR MAHU PEMBAHAGIAN KERUSI PRN SABAH MENANG-MENANG

Presiden PKR Dato Seri Anwar Ibrahim mahu PKR Sabah menampilkan calon yang berwibawa pada Pilihanraya Negeri Sabah kali ini. Kriteria tersebut menjadi panduan untuk pemilihan calon PKR bagi berdepan pihak lawan selain memperkukuhkan kedudukan PKR sebagai rakan politik WARISAN.



Beliau menyatakan demikian ketika melancarkan Majlis Pelancaran Jentera PKR di Sabah International Convention Centre malam semalam. Bagi menyakinkan agar calon PKR mendapat tempat beliau turut mengarahkan Ahli Parlimen PKR seluruh negara membantu calon-calon PKR semasa kempen berlangsung.

Bagi pemerhati politik Sabah, ucapan Anwar malam tadi lebih kepada retorika politik yang telah lama beliau ‘nyanyikan’ di setiap pentas kempen PKR. Ungkapan “Anak Melayu Anak Saya, Anak Cina Anak Saya, Anak India Anak Saya, Anak Kadazan Anak Saya” diucapkan Anwar berkali-kali untuk menarik perhatian pengundi sebenarnya sudah lapok. Rakyat Sabah memerhatikan krisis dalam PKR yang tidak mampu dikawal Anwar sebagai penanda aras seteguh mana kekuatan PKR untuk di bawa ke Sabah. Malah kisah royalti minyak, balak dan segala khazanah alam Sabah yang cuba dimainkan tidak mendapat perhatian rakyat Sabah. 

Sabah telah disajikan dengan Manifesto PH dan Warisan pada PRU14 dan sehingga kejatuhan PH di peringkat pusat, hampir 80% manifesto tersebut kekal sebagai bahan bacaan dan rujukan sahaja tanpa sebarang usaha oleh Warisan mahupun PH (termasuk PKR). Kemelut royalti minyak yang dijanjikan kepada Sabah juga tidak ditunaikan dengan pelbagai alasan.

Anwar dalam ucapan semalam turut mahu berbincang dengan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Warisan bagi memperolehi jumlah kerusi yang mereka (PKR) mahukan. Bagaimanapun tidak diketahui hasil perbincangan antara 2 Presiden pagi tadi namun ada khabar angin menyatakan PKR tidak berpuashati mengenai pengagihan kerusi DUN di Sabah. Perlu diingatkan jumlah kerusi yang akan dipertandingkan kini meningkat kepada 73 kerusi selepas persempadanan semula dilakukan Sabah. Warisan juga perlu mengambil kira kerusi untuk DAP, UPKO dan sekutu lain selain memastikan WARISAN mempunyai jumlah yang cukup besar untuk terus kekal memerintah Sabah.



PRN Sabah diadakan berikutan kemelut yang melanda Sabah selepas PRU14 bilamana Tan Sri Musa Aman beroleh majoriti mudah namun beberapa Adun bertindak melompat parti berikutan kekalahan BN di pusat. Ini membolehkan Shafie Apdal beroleh majoriti mudah sekaligus di lantik sebagai Ketua Menteri Sabah namun Musa Aman telah bertindak membawa kes ini ke Mahkamah.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button