BUDAK BAWAH UMUR SELAMBA PARKIR TRELER (Video)

SINDROM KANAK-KANAK PANDU KENDERAAN

[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2020/09/Azmy-Awang_20200908_1.mp4[/KGVID]

Jika semalam tular video seorang kanak-kanak bawah umur memandu sebuah kereta, hari ini tular pula video seorang kanak-kanak memandu treler untuk masuk parkir.

Tidak dapat dipastikan dimana kawasan kejadian dan siapa yang merakam, cuma kedengaran perakam menyebut “third generation” merujuk kepada kanak-kanak yang sedang memarkir treler.

Adakah kini manusia dilanda sindrom rakam perbuatan yang menyalahi undang-undang dan kemudian dengan bangganya berkongsi rakaman di media sosial?

Rakaman tersebut walau hanya sekadar memarkir treler dan mungkin dalam kawasan persendirian, ia amat tidak wajar untuk membenarkan mana-mana individu bawah umur mengawal kenderaan tersebut. Kemalangan tanpa sengaja boleh terjadi dan ketika itu nasi sudah menjadi bubur.

Leave a Reply