MAUT KERETA JATUH GAUNG

Segamat: Lelaki maut, manakala wanita dipercayai isterinya parah selepas kereta terjatuh ke gaung di Jalan Segamat-Gemas, dekat Taman Anggerik di Gemas Baharu di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 7.40 malam itu, Chin Ah Kaw, 52, yang memandu Proton Wira meninggal dunia di lokasi kejadian.

Wanita itu, Lai Nyee Moi berusia 54, cedera di beberapa bahagian badan dihantar ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk rawatan.



Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Segamat, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Hazim Abd Razak berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat dikerah ke lokasi untuk membantu mengeluarkan dua mangsa yang tersepit.

“Namun, Chin Ah Kow disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada polis,” katanya.

Katanya, berdasarkan laporan perubatan dan dokumen ditemui di kenderaan mendapati Chin turut mempunyai rekod rawatan permasalahan jantung.

“Wanita terbabit yang terperangkap dalam kenderaan turut diselamatkan oleh orang awam yang melihat kejadian sebelum ketibaan anggota BBP Segamat,” katanya.



Muhammad Hazim berkata, seramai 16 anggota bomba bersama tiga jentera FRT daripada BBP Segamat dibantu BBP Gemas turut sama dalam operasi itu.

“Operasi ditamatkan pada kira-kira jam 8.40 malam,” katanya

Sementara itu Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Raub Selamat berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HDS untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Hmetro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button