Giant bakal belanja RM400 juta buka 50 cawangan baharu

Giant bakal belanja RM400 juta buka 50 cawangan baharu

Giant bakal belanja RM400 juta buka 50 cawangan baharu
CHEAH Yock Hock mengadakan sidang media pada Majlis Pembukaan Rasmi Giant Rawang di Pusat Bandar Rawang. FOTO Genes Gulitah

Rawang: Giant Malaysia bakal memperuntukkan kira-kira RM400 juta bagi membuka 50 pasar raya baharu di seluruh Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, Tiger Cheah berkata, tahun depan, pihaknya merancang untuk membuka 10 cawangan baharu membabitkan kawasan di Malaysia Barat.

Katanya, strategi peluasan rangkaian itu bukti kesungguhan Giant untuk mencapai dan melayani pelanggan di seluruh negara.



“Pelaburan untuk membuka satu pasar raya Giant dianggarkan RM8 juta dan kami akan memperuntukkan antara RM400 juta ke RM500 juta untuk membuka 50 cawangan baharu dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian di majlis pembukaan pasar raya terbaru Giant Rawang di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh.

Cheah berkata, pembukaan cawangan di Rawang itu menandakan langkah pertama dalam program perluasan Giant seiring dengan kedudukan kumpulannya sebagai peruncit terkemuka di Malaysia.



“Kami sangat gembira untuk menyambut pelanggan ke Giant Rawang dengan menawarkan pelbagai produk untuk memenuhi keperluan pengguna pada harga kompetitif.

“Sempena sambutan ulang tahun ke-79, Giant turut memperuntukkan RM79 juta untuk mengurangkan harga sebagai penghargaan kepada pelanggan dan masyarakat yang memberi sokongan sepanjang tahun ini,” katanya.

Selain itu, Giant Malaysia mengalu-alukan kehadiran masyarakat setempat sempena pembukaan rasmi Pasar Raya Giant Rawang yang menjanjikan pelbagai aktiviti menarik dan promosi hebat dari 15 hingga 24 September ini, termasuk tawaran harian barangan pada harga serendah 10 sen.

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

4 negeri PAS  buat persiapan sambut “Imam Mahathir”




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading