Sasar 50 stesen pengecas pantas EV di Ipoh

Sasar 50 stesen pengecas pantas EV di Ipoh

Sasar 50 stesen pengecas pantas EV di Ipoh
RUMAIZI (kiri) bersama Roy menunjukan MoU. FOTO L Manimaran

Ipoh: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyasarkan pembinaan sekurang-kurangnya 50 stesen pengecas pantas kenderaan elektrik (EV) DC di sini menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bersama XOX Berhad (XOX).

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, fokus kerjasama itu bagi perkongsian strategik stesen pengecasan EV berkenaan selain berkaitan tenaga hijau.

Katanya, bagaimanapun penubuhan stesen pengecasan EV berkenaan harus dilihat berpandukan keadaan semasa ekonomi negara selain turut bergantung kepada jumlah semasa penggunaan EV di sini.



“Jika saya tidak silap kini sudah ada lebih 300 pengguna EV di Ipoh. Jadi ‘appetite’ (kemahuan) kita, kena ada setiap tahun stesen pengecasan EV yang ditambah di lokasi strategik sekitar bandaraya ini,” katanya selepas menandatangani MoU berkenaan di sini, hari ini.

Beliau mewakili MBI manakala XOX diwakili Pengarah Eksekutif, Roy Ho.

Rumaizi berkata, MoU hari ini merupakan lanjutan kepada MoU ditandangani bersama XOX , 24 Mei tahun lalu, bertujuan mengukuhkan parameter dan meletakkan asas formalisasi perkongsian teknologi strategik beberapa segi termasuk stesen pengecasan EV, pengingkatan taraf pengangkutan awam melalui aplikasi elektronik digital dan perkhidmatan lain disediakan MBI, dan penubuhan rangkaian pengiklanan digital.

Sasar 50 stesen pengecas pantas EV di Ipoh



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button