Wanita direman bantu siasatan kes bunuh bekas teman lelaki

Wanita direman bantu siasatan kes bunuh bekas teman lelaki

Wanita direman bantu siasatan kes bunuh bekas teman lelaki

MUAR: Seorang wanita yang baru pulih dari kecederaan akibat kesan tikaman, direman bagi membantu siasatan berkaitan kejadian bunuh membabitkan bekas teman lelaki di dalam kejadian di Taman Seri Jeram, di sini tahun lalu.

Suspek berusia 41 tahun ditahan kerana disyaki membunuh mangsa berusia 60 tahun selepas kedua-dua mereka bertengkar dalam kejadian pada jam 3 petang, 24 Ogos tahun lalu.



Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata polis menerima makluman berlaku satu pergaduhan sebelum menggerakkan anggota ke lokasi terbabit.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, suspek turut cedera dengan kesan tikaman sebelum dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini.

“Pada jam 7.10 malam semalam, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menahan suspek.

“Suspek ditahan selepas sembuh sepenuhnya daripada kecederaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.



Sementara itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi membolehkan polis mendapat perintah reman.

Majistret Norfarah Syahidah Mohd Noh mengeluarkan perintah reman tujuh hari terhadap suspek bermula hari ini.

Wanita direman bantu siasatan kes bunuh bekas teman lelaki


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hanya Malaysia Yang Kenakan Cukai Atas Duit Yang Di Dakwa Di Curi




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading