Koperal polis cedera dilibas kapak ketika Op Tapis

Koperal polis cedera dilibas kapak ketika Op Tapis

Koperal polis cedera dilibas kapak ketika Op Tapis

GERIK: Seorang koperal polis cedera akibat dilibas dengan kapak oleh seorang lelaki yang tiba-tiba menyerangnya dan seorang lagi lans koperal polis di kawasan kebun kelapa sawit di Felda Bersia, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, anggota polis berkenaan cedera pada bahu serta bengkak di kepala akibat dilibas kapak semasa bergelut untuk cuba menahan suspek berumur 31 tahun itu ketika menjalankan operasi pembanterasan penagihan dan pengedaran dadah Op Tapis.



Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood, berkata kejadian berlaku ketika koperal polis itu bersama seorang lans koperal dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik menjalankan operasi berkenaan jam 11.30 pagi.

Katanya, ketika tiba di lokasi, dua anggota polis berkenaan terserempak dengan suspek yang ketika itu menunggang motosikal sebelum suspek memberhentikan kenderaannya, lantas memegang sebilah parang dan kapak di kedua-dua tangannya.

“Suspek turun dari motosikal dengan memegang kapak pada tangan kanan dan parang pada tangan kirinya. Dia membuang parang ke tanah, namun kemudian terus berlari meluru ke arah anggota polis untuk menyerang mereka menggunakan kapak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Prosiding Timbang Tara Goldman Sachs Buatkan Muhyiddin Kepanasan, Mengapa?




“Kedua-dua anggota polis terbabit cuba menahan suspek yang bertindak sebegitu agresif sehingga mengakibatkan seorang daripada mereka cedera terkena libasan,” katanya menerusi kenyataan, malam ini.

Zulkifli berkata, keadaan itu memaksa koperal polis berkenaan melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri dan mengenai kaki suspek.

Sejurus ditahan, katanya, pemeriksaan ke atas badan suspek kemudian menjumpai sepaket lutsinar berisi tumbuhan kering disyaki ganja dan dua keratan straw berisi bahan disyaki methamphetamine.



Katanya, suspek yang cedera di kaki kemudian dibawa polis ke Klinik Kesihatan Bersia sebelum dirujuk ke Hospital Daerah Gerik, seterusnya ke Hospital Taiping untuk rawatan susulan, manakala anggota polis yang cedera itu sudah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bersia.

Beliau berkata, kes yang disifatkan sebagai ‘cubaan membunuh polis’ itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 39 Akta Senjata 1960, dan Seksyen 12(2) / 6 Akta Dadah Berbahaya 1953.

Koperal polis cedera dilibas kapak ketika Op Tapis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hanya Malaysia Yang Kenakan Cukai Atas Duit Yang Di Dakwa Di Curi



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button