Warga emas dihantar penjara gagal lunas ikat jamin

Warga emas dihantar penjara gagal lunas ikat jamin

Warga emas dihantar penjara gagal lunas ikat jamin
Jamil Shuib dibawa ke Penjara Sungai Udang selepas gagal membayar ikat jamin RM10,000. NSTP/Alias Abd Rani

MUAR: Seorang lelaki warga emas hanya mampu mengesat air mata selepas dihantar ke penjara kerana gagal melunaskan ikat jamin RM10,000 yang dikenakan terhadapnya atas pertuduhan mencabul kanak-kanak, minggu lalu.

Tertuduh, Jamil Shuib, 65, yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut kertas pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan perbuatan terkutuk terhadap seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dekat kompleks perniagaan Ulu Belitong, Kluang antara jam 8 hingga 8.30 malam, 13 Oktober lalu.



Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut seksyen sama, penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang juga pelanggan tetap bertandang ke kedai runcit milik ibu mangsa sebelum berbual dengan kanak-kanak itu.

Kejadian berlaku ketika ibu mangsa sibuk melayan dan menyusun barang dalam kedai dengan tertuduh mengambil kesempatan mencabul kanak-kanak itu.

Mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya lalu membuat laporan pada hari kejadian.



Di mahkamah sama, seorang remaja mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol kenalan di sebuah taman permainan dekat Ayer Hitam, Batu Pahat, pada jam 10.30 malam, Jun tahun lalu.

Muhammad Helmi Hakimi Mohd Zaki membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 November ini sebutan semula kes, serahan dokumen dan lantikan peguam.



Warga emas dihantar penjara gagal lunas ikat jamin


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hanya Malaysia Yang Kenakan Cukai Atas Duit Yang Di Dakwa Di Curi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button