Polis berkas 3 individu ditahan SPRM sebelum ini

 

KUALA LUMPUR: Polis hari ini memberkas tiga individu yang sebelum ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata ketiga-tiga individu itu akan direman, esok, bagi membantu siasatan.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Terdahulu, BH melaporkan baki sembilan tahanan reman bagi membantu kes siasatan pengubahan wang haram oleh SPRM, termasuk dalang Macau Scam, dibebaskan dengan jaminan pada petang tadi.

Bagaimanapun, lapan daripada mereka kemudian ditahan semula JSJ Bukit Aman untuk membantu siasatan lanjut.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, mengesahkan penahanan 20 individu, termasuk lapan pegawai polis dan seorang warga China, selain akan membuat beberapa siri tangkapan lain.

Setakat ini, SPRM sudah membekukan lebih RM80 juta daripada 730 akaun bank dan menyita wang tunai RM5 juta.



Selain itu, SPRM merampas 23 kenderaan mewah pelbagai jenama serta motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai dibeli hasil daripada aktiviti judi dalam talian tempatan.

Sindiket cuci wang itu dipercayai melaburkan wang daripada aktiviti kegiatan berkenaan ke dalam perniagaan dijalankan selebriti dan personaliti terkenal tanah air serta usahawan kosmetik tempatan.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button