KKM akan hantar 11 lagi pakar perubatan ke Sabah – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menghantar 11 lagi pakar perubatan untuk ditugaskan di hospital di Sabah, dalam masa terdekat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga daripadanya adalah pakar kesihatan dan lapan lagi  pakar perubatan lain.

“KKM akan melihat kawasan yang tertentu dan mengikut keperluan, sebelum mengerakkan pertugas-petugas kami ke tempat yang memerlukan bantuan,” katanya pada sidang media secara maya yang disiarkan di Facebook KKM, hari ini.

Noor Hisham berkata, KKM turut menyeru lebih ramai sukarelawan perubatan dan kesihatan yang berkelulusan serta berkelayakan, tampil untuk membantu KKM dalam menangani gelombang ketiga COVID-19.



Katanya, koordinasi akan dijalankan oleh Pusat Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) dan emelkan ke [email protected] atau [email protected].

Dr Noor Hisham berkata, kementerian menambah dua lagi hospital iaitu di Kudat untuk merawat pesakit COVID-19.

“Setakat ini, kami (kementerian) ada lapan hospital telah dikenal pasti untuk merawat pesakit COVID-19 yang tahap kritikal, iaitu tahap tiga, empat dan lima.

“Kami (kementerian) juga ada 16 pusat kuarantin rawatan risiko rendah, untuk menempatkan kes-kes positif yang tidak ada gejala untuk tahap satu dan gejala ringan tahap dua,” katanya.



Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, KKM turut memberi kelulusan untuk pusat kesihatan negeri Sabah memperolehi stok Peralatan Perlindungan Diri (PPE), bagi menampung keperluan yang mendesak.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading