Lebih sejuta Rohingya dinafikan hak mengundi

Yangon: Lebih 1.1 juta pengundi di barat Rakhine, Myanmar dinafikan hak sebagai pengundi, menjelang pilihan raya umum negara akan datang.

Pendedahan bersandarkan maklumat yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Myanmar dikhuatiri bakal mencetuskan gelombang baharu konflik.

Ketua pemimpin Parti Liga Kebangsaan untuk Demokrasi (NLD), Aung San Suu Kyi, dijangka kembali ke tampuk pemerintah selepas pilihan raya umum pada 8 November ini.

Dengan Muslim Rohingya dinafikan hak sebagai warganegara untuk mengundi, pemerhati menyifatkan pemilihan berkenaan sebagai tiada kredibiliti.



Suruhanjaya Pilihan Raya Myanmar menjelaskan proses pengundian tidak akan dijalankan di kawasan sesak dengan penduduk berikutan faktor keselamatan, termasuk wilayah Rakhine yang mempunyai lebih 800,000 orang.

“Kawasan berkenaan tidak dapat menjanjikan keadaan terbaik untuk mengadakan pemilihan yang bersih dan bebas, justeru ia dibatalkan,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Lebih separuh daripada 600,000 Rohingya yang masih tinggal di Myanmar, dilaporkan mendiami penempatan di Rakhine, sekali gus menjadikan 1.1 juta pengundi di wilayah itu dinafikan hak sebagai pengundi, iaitu hampir dua pertiga daripada keseluruhan penduduk Myanmar.

Sejuta lagi etnik Rohingya menetap di kem pelarian di Bangladesh.



Setiausaha Parti Arakan Rakhine Kebangsaan (ANP), Tun Aung Kyaw berkata, keputusan untuk membatalkan proses pengundian di wilayah itu lebih berbaur politik, berbanding disebabkan faktor keselamatan.

“Kebanyakan bandar di Rakhine yang tidak akan diadakan pemilihan adalah kawasan yang mampu dimenangi ANP, justeru ini sudah semestinya gerakan terancang dan suatu penindasan terhadap etnik minoriti,” katanya.

Pengambilalihan Saham:- Adakah FGV Akan Senasib Dengan DRB HICOM?



Pengambilalihan Saham:- Adakah FGV Akan Senasib Dengan DRB HICOM?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button