ISU AIR SELANGOR – MB, EXCO TIDAK BERANI TUTUP KILANG HARAM PUNCA PENCEMARAN SUNGAI

Hebahkan !!!

 TIDAK BERANI TUTUP KILANG HARAM SELANGOR?

KRISIS AIR SELANGOR

Isu bekalan air yang sering putus di Selangor menjadi-jadi dengan pelbagai alasan diberikan kerajaan Selangor setiap kali masalah timbul. Rakyat Selangor semakin hilang kesabaran apabila mereka dihimpit masalah putus bekalan air berhari-hari.

Krisis bekalan air Selangor turut menarik perhatian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor turut menzahirkan perasaan kesal Baginda dengan isu air yang membebankan Rakyat Selangor. Apakah MB Selangor tidak berasa malu akan kepincangan pentadbiran beliau sehingga ditegur DYMM Sultan Selangor?

Walau pelbagai cadangan serta solusi diberikan masalah air tetap timbul dan menyebabkan timbul persoalan mengapa sukar bagi Kerajaan Selangor menyelesaikan masalah ini.

Selangor yang diambil-alih Barisan Alternatif (Pakatan Rakyat) pada 2008 telah mewujudkan satu jawatan Exco khusus bagi menangani masalah kilang haram di Selangor. Umum tahu sesebuah kilang yang beroperasi memerlukan bekalan air dalam kuantiti besar dan sudah pasti ada buangan sisa yang disalirkan ke parit dan terus ke sungai. Beroperasi sebagai kilang haram, segala sisa tidak terawat akan dilepaskan terus pihak kilang tanpa pengetahuan bagi mengelak tindakan daripada kerajaan negeri.

Menteri Besar ketika itu (2008) Tan Sri Khalid Ibrahim melantik Eam Yong Hian Wah memegang portfolio Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram. Wong Keat [email protected] Wong pula memegang portfolio Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar. Jelas sekali berlaku kewujudan kilang haram di Selangor sehingga jawatan khusus diwujudkan ketika itu.

Pada 2013, sekali lagi Elizabeth Wong dilantik memegang portfolio Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna oleh Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor ketika itu. Masalah kilang haram dan pencemaran sungai tetap berlaku. Sekali lagi kerajaan negeri Selangor gagal walau melantik Exco sama dengan jawatan sama.

Pada 2018, Hee Loy Sian (sehingga hari ini) pula memegang portfolio JawatanKuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna oleh Amirudin Shari selaku Menteri Besar Selangor.

Silih berganti Exco Selangor dan Menteri Besar Selangor namun masalah air tetap berlaku akibat pencemaran sungai. Walau cuba dinafikan Hee Loy San mengenai kewujudan kilang haram, laporan di media perdana agak kontra. Usah tuding jari kepada penguatkuasa tempatan kerana untuk mengarahkan mana-mana kilang ditutup adalah kuasa Exco dan Kerajaan Negeri. Mengapa sehingga hari ini Kerajaan Selangor tidak berani menutup kilang haram yang menjadi sebahagian dari penyumbang pencemaran sungai?

Exco Selangor nafi kilang haram wujud – https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ramai-salah-faham-tiada-kilang-haram-sepanjang-sungai-selangor-exco-selangor-264230

Kewujudan kilang haram di Selangor – https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/20002

Rakyat Selangor perlu memberi isyarat kepada MB dan Exco yang bertanggungjawab serta mendesak agar kilang haram tidak lagi diberikan surat amaran atau tempoh berbulan-bulan bagi menghentikan operasi mereka. Yang menderita adalah RAKYAT SELANGOR apabila terpaksa bersengkang mata, memerah tenaga menanti kehadiran lori air bagi mendapatkan bekalan air untuk kegunaan.

Selangor tawar pemutihan – https://www.malaysiakini.com/news/541925

 

Beranikah MB Selangor dan Exco Selangor mengambil tindakan tegas terhadap kilang-kilang haram sehingga kerajaan negeri memutuskan untuk membeli kelengkapan dron (dikatakan mencecah RM2 juta) bagi mengawasi sebarang pembuangan sisa kilang serta pelaku yang mencemarkan sungai sekaligus menjejaskan bekalan air Selangor?

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: