Suspek KK Mart Bidor masih dikesan

Oleh – Syeikh Baran


Suspek KK Mart Bidor masih dikesan
Mohd. Yusri (tengah) bercakap pada sidang akhbar di Ipoh hari ini.

Polis masih mengesan suspek yang bertanggungjawab membaling objek berisi minyak tanah ke arah kedai serbaneka KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor minggu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, usaha kini sedang dijalankan dengan mengumpul maklumat dan risikan untuk melengkapkan siasatan kes berkenaan.



“Setakat ini seramai tujuh individu telah diambil keterangan membabitkan saksi dan pekerja kedai serbaneka itu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan suspek terlibat yang mana identitinya belum dikenal pasti,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Serah Terima Tugas dan Pemakaian Pangkat Ketua Polis Daerah Ipoh di Mes Pegawai Kanan di sini hari ini.

Mengulas isu tular kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah 19 tahun lalu, Mohd. Yusri berkata, tiada laporan polis berkaitan kes itu dibuat di negeri ini.

Katanya, setakat ini, hanya satu laporan polis diterima yang dibuat oleh Pejabat Sultan Perak di Balai Polis Travers di Kuala Lumpur bulan lalu.



“Tiada laporan polis dibuat di Perak dan siasatan kes berkenaan juga dijalankan oleh polis Kontinjen Kuala Lumpur,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading