SHARNAAZ: “JEBAT TAK AKAN PERNAH DAPAT MAK YANG TERBAIK MACAM NABILA”

Hebahkan !!!

Meskipun tidak lagi bergelar suami isteri, namun netizen gembira melihat pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang tetap mengekalkan hubungan baik demi anak mereka, Jebat Jayden Ahmad.

Image_1.jpg

Baru-baru ini, Nabila telah diundang sebagai tetamu menerusi rancangan Wanita Hari Ini (WHI) bagi berkongsi kisah kehidupannya membesarkan anak bersama bekas suami.

Ramai yang tersentuh melihat kematangan masing-masing dalam membesarkan anak tersayang. Lebih tersentuh hati, apabila Sharnaaz memberikan ucapan kepada Nabila bahawa dia adalah ibu yang terbaik buat anak mereka: “Jebat tak akan pernah dapat mak yang terbaik macam Nabila,” ujarnya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Nabila juga sempat menitipkan ucapan terima kasih buat Sharnaaz kerana selama ini tidak pernah satu hari pun mengabaikan anak mereka serta menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab.

“Terima kasih kepada Sharnaaz kerana tak pernah ada satu hari yang dia abaikan Jebat Jayden,” kata Nabila yang turut mendoakan agar kedua mereka akan mendapat kebahagian bersama walaupun kini sudah tidak sehaluan.

Untuk makluman, kemelut antara Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabila akhirnya bertemu titik noktah apabila mereka disahkan bercerai secara hakam pada 9 Julai lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Image_3.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: