Letupan di apartmen selepas lelaki cuba bunuh lipas

Letupan di apartmen selepas lelaki cuba bunuh lipas

Letupan di apartmen selepas lelaki cuba bunuh lipas
LIPAS. FOTO HIASAN

Tokyo: Seorang lelaki di Jepun, baru-baru ini, secara tidak sengaja menyebabkan letupan di pangsapurinya ketika cuba membunuh seekor lipas.

Independent UK melaporkan, lelaki berusia 54 tahun itu dilaporkan menggunakan sejumlah besar racun serangga untuk membunuh perosak itu pada 10 Disember lalu.

Malangnya, tindakan itu menyebabkan letupan di kediamannya itu yang terletak Pulau Kyushu, kira-kira 370.1 kilometer (km) di barat daya Hiroshima.



Polis wilayah Kumamato mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan ada penduduk mengalami kecederaan ringan dan mengenal pasti kesan kebakaran berhampiran kotatsu iaitu meja pemanas Jepun, lapor akhbar Mainichi.

Difahamkan, kebakaran itu sangat besar sehingga tingkap balkoni di pangsapuri itu meletup kerana disambar api.

Sementara itu, Pusat Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan Jepun menerima beberapa laporan mengenai letupan serupa yang dikaitkan dengan penyemburan racun serangga berhampiran saluran elektrik.

Insiden itu mendapat perhatian meluas di laman sosial, dengan ramai pengguna menjadikannya sebagai bahan jenaka.



“Adakah lipas itu mati?” soal seorang pengguna Instagram (IG)

Seorang lagi pengguna laman sosial mencadangkan kaedah menghentak lipas sebagai strategi terbaik untuk membunuh perosak.

Tindakan menyembur racun makhluk perosak berhampiran sumber elektrik boleh menyebabkan kerosakan dan menimbulkan risiko kecederaan, seperti yang dilaporkan oleh pelbagai syarikat penghapus serangga perosak, menurut Straits Times.

Letupan di apartmen selepas lelaki cuba bunuh lipas

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pegawai Polis Yang Langgar Pelajar Berhadapan Tuduhan Membunuh


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading