LHDN henti terima bayaran cukai guna cek kiriman pos

7739bd93a08c291bfa0e307ffc6a64395f9948ca30433

x

BERITA BERKAITAN

849fa1509463ba01a10521a8b1b3c92c5fbe3d57b6708-small 106 penagih dadah wanita direkodkan di Melaka – AADK
3b2522b0c81f94fac2a9c15d6352daad5eb8eaedde368-small Melaka bentang Belanjawan 2021 11 Dis ini

26/11/2020 12:23 PM



KUALA LUMPUR, 26 Nov — Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menghentikan penerimaan bayaran cukai menggunakan cek melalui kiriman pos bermula 1 Jan tahun depan.

Menerusi kenyataan hari ini, LHDN memaklumkan bermula dari tarikh itu, bayaran cukai boleh dibuat melalui laman rasmi LHDN www.hasil.gov.my, portal perbankan, kaunter bayaran di pusat bayaran LHDN, kaunter bank yang dilantik, mesin deposit tunai atau cek serta mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

“Bagaimanapun, pemberhentian itu tidak terpakai kepada bayaran Cukai Keuntungan Harta Tanah, Cukai Pendapatan Penghibur Awam (Seniman Kembara), Cukai Pegangan dan kompaun,” menurut kenyataan itu.

LHDN menjelaskan bahawa tiada resit pembayaran akan dikeluarkan melalui kaedah e-bayaran atau bank yang dilantik, sebaliknya pembayar cukai atau wakil cukai perlu menyimpan slip pengesahan bagi setiap transaksi yang dibuat.



“Semua slip pengesahan bank atau transaksi e-bayaran yang sah perlu disimpan dengan baik sebagai bukti pembayaran,” katanya.

Bagi mengelak caj lewat bayar, LHDN menasihatkan pembayar cukai atau wakil cukai untuk mematuhi ketetapan baharu itu serta menyegerakan sebarang bayaran cukai menggunakan cek melalui mel sebelum 1 Jan 2021.

Pembayar cukai boleh menghubungi Hasil Care Line LHDN di talian 03-8911 1000 atau 03-8911 1100 bagi mereka yang tinggal di luar negara, HASiL Live Chat, dan borang maklumat balas di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Tarikh akhir permohonan baharu, rayuan BPN pada 30 April



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button