Kadar bayaran haji B40 RM12,356, M40 RM19,152

Oleh – Syeikh Baran


Kadar bayaran haji B40 RM12,356, M40 RM19,152
Gambar Hiasan

Kadar bayaran haji untuk seorang bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang kali pertama tunaikan ibadah itu ditetapkan pada RM12,356 manakala RM19,152 bagi kumpulan M40.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman, berkata kos haji bagi seorang bakal haji Muassasah untuk musim haji tahun ini pula meningkat kepada RM33,300 berbanding RM30,850 tahun lalu.



Katanya surat tawaran kepada 31,600 jemaah bagi musim haji 1445H/2024M akan dikeluarkan bermula hari ini.

Beliau berkata bakal haji perlu menjawab surat tawaran terbabit dalam tempoh 11 hari bekerja melalui aplikasi THiJARI.

Pada masa sama, kerajaan akan menanggung sebanyak RM1,000 bagi seorang bakal haji kumpulan B40

Berita lanjut menyusul



Sumber – Berita Harian


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading