Keselamatan Kawasan Sempadan: Perlis adakan perbincangan dengan Thailand

8b7663413edc2a6fc08953cfdf5007955fc24f9db16b3Sempadan Malaysia-Thailand

KANGAR, 30 Nov — Kerajaan Negeri Perlis akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa sempadan Thailand dalam hal membabitkan kepentingan bersama melibatkan pelbagai bidang terutama isu keselamatan sempadan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kebajikan dan Bantuan Bencana dan Hubungan dan Kerjasama Sempadan, Rozaini Rais berkata perbincangan tersebut akan dilaksanakan sebaik sahaja pintu sempadan Malaysia-Thailand dibuka sepenuhnya nanti.

“Dengan perkembangan semasa di kawasan sempadan sekarang, amat wajar sekali perbincangan itu diadakan segera supaya dapat mencapai kata sepakat untuk kepentingan bersama,” katanya kepada Bernama.



Ketika ini isu keselamatan sempadan Malaysia-Thailand hangat diperkatakan. Selasa lepas, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mendiang Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkorban manakala rakannya Norihan a/l Tari, 39, cedera parah selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar.

Rozaini berkata perbincangan yang bakal diadakan nanti turut merangkumi aspek ekonomi dan perdagangan dua hala, pelancongan, kebudayaan dan sukan.

Insiden tembakan di sempadan: Seorang anggota PGA maut, seorang lagi parah – Hamzah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button