Johor lulus 250 projek pelaburan pelbagai sektor

Oleh – Syeikh Baran


Johor lulus 250 projek pelaburan pelbagai sektor
Onn Hafiz (tengah) ditemani Ting Han (empat dari Kiri) melakukan gimik perasmian Pembukaan syarikat Rah Tech (Malaysia) di SILC Gelang Patah.

Johor meluluskan kira-kira 250 projek pelaburan melibatkan pelbagai sektor pada suku pertama pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Lee Ting Han berkata, daripada jumlah itu, kebanyakan projek pelaburan yang dibawa masuk adalah dari China.



Katanya, pertumbuhan positif ini menyokong kepada usaha kerajaan yang dalam proses untuk mewujudkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan juga Zon Kewangan Khas di Forest City, di sini.

“China memang merupakan sumber pelaburan utama buat negeri Johor dan juga Malaysia secara keseluruhannya, kita berharap hubungan baik ini akan terus memberi manfaat kepada Johor.

“Tumpuan utama kita bukan terarah kepada China sahaja tetapi kita mahu membawa masuk pelaburan bagi sektor yang dipromosi dan digalakkan di negeri ini dan tidak terhad kepada negara pelabur tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian syarikat pembuatan dan pemasangan mesin X-ray, Ray Tech (Malaysia) Sdn. Bhd. di Kawasan Perindustrian SILC Gelang Patah, di sini hari ini.



Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi.

Dalam pada itu, Ting Han berkata, antara sektor dan industri utama yang disasarkan ialah membabitkan indsutri kimia, petrokimia, aeroangkasa, ekonomi digital, elektronik, farmaseutikal dan perubatan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading