Kadar penduduk miskin di Sarawak dijangka meningkat tahun ini

Hebahkan !!!


Fatimah Abdullah

05/12/2020 04:42 PM

KUCHING, 5 Dis — Kadar kemiskinan di Sarawak dijangka meningkat berikutan penggunaan garis kemiskinan baharu bermula tahun ini, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak negeri ini, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Beliau berkata selain pendapatan bulanan isi rumah RM2,131 sebagai garis kemiskinan baharu itu berbanding RM1,500 sebelum ini, kenaikan ini juga disebabkan kesan ekonomi daripada pandemik COVID-19 yang dialami sejak Mac tahun ini.

“Kita tahu juga sekarang ini ramai orang yang terkesan (akibat pandemik COVID-19 seperti) hilang pekerjaan, pendapatan berkurangan atau memang tidak ada pendapatan langsung,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembara Prihatin Negara 2020 di sini.

Menurutnya peratusan sebenar peningkatan ini hanya akan dapat diperoleh selepas kaji selidik menyeluruh dibuat berkenaan perkara itu.

Beliau berkata hasil kajian ini akan membolehkan kerajaan negeri merangka dasar dan perancangan programnya bagi membasmi kemiskinan penduduk negeri ini dengan lebih berkesan.

“Kerajaan negeri kita memang menekankan database dan evidence base. Jadi, dari situlah kita dapat buat perancangan yang lebih tepat (untuk membantu golongan di bawah garis kemiskinan),” tambahnya.

Leave a Reply

%d bloggers like this: