Boko Haram mengaku culik pelajar di Nigeria

16/12/2020 05:12 PM

ABUJA, 16 Dis — Kumpulan pengganas Boko Haram pada Selasa mengaku bertanggungjawab menculik lebih 300 pelajar di negeri Katsina, Nigeria, lapor Agensi Berita Xinhua.

Seramai 333 pelajar Sekolah Menengah Sains kerajaan masih hilang selepas sekolah yang menempatkan pelajar lelaki itu diserang lelaki bersenjata pada Jumaat malam.



Dalam satu mesej audio, seorang lelaki yang mengaku sebagai pemimpin Boko Haram Abubakar Shekau mendakwa kumpulan itu adalah “dalang terhadap kejadian di Katsina,” lapor media tempatan.

Gabenor negeri Katsina Aminu Masari pada Isnin mengesahkan wakil perunding kerajaan sudah berhubung dengan penculik, namun beliau enggan mendedahkan perincian rundingan tersebut kerana pihak berkuasa berusaha melindungi mangsa dan menjamin pembebasan mereka.

Susulan serangan itu, Kesatuan Kebangsaan Guru Nigeria pada Selasa mengancam untuk melakukan mogok.

Kejadian itu “mengingatkan kembali kepada peristiwa sedih yang pernah berlaku sebelum ini di Chibok dan Dapchi, ketika pengganas Boko Haram menyerang dan menculik pelajar, menyebabkan aktiviti persekolahan terganggu dan pertumbuhan serta kemajuan pendidikan negara kita terjejas, selain mengakibatkan trauma dalam kalangan ahli keluarga dan saudara mara,” kata kesatuan itu dalam satu kenyataan.



Presiden Nigeria desak penunjuk perasaan bersurai

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button