Inisiatif baharu China suntik semangat tangani perubahan iklim global

16/12/2020 04:46 PM

BEIJING, 16 Dis — Inisiatif baharu China dalam menangani perubahan iklim akan menyuntik lagi semangat dunia dalam mendepani cabaran itu di peringkat global.

Pakar iklim China, He Jiankun berkata, masyarakat perlu membudayakan amalan hidup hijau dan karbon rendah secara holistik termasuk dalam aktiviti pengeluaran.



Justeru, beliau merangkap naib pengarah Jawatankuasa Pakar Perubahan Iklim Kebangsaan China, menegaskan adalah penting sinergi melibatkan seluruh lapisan masyarakat dibentuk bagi menggerakkan transformasi industri, sekali gus mewujudkan pertumbuhan ekonomi berkualiti.

He turut mengemukakan beberapa saranan termasuk menggalakkan penaiktarafan industri dengan membina sistem perindustrian hijau dan karbon rendah, serta mengembangkan ekonomi digital, industri teknologi canggih dan sektor perkhidmatan moden.

Beliau mengesyorkan supaya pembangunan industri penggunaan sumber tenaga tinggi seperti besi dan keluli, simen, petro kimia dihadkan.

Menyentuh aspek lain, He juga mencadangkan agar pembangunan tenaga alternatif dan tenaga boleh baharu dipergiat lagi, kerana ia diyakini mampu menjadi titik pertumbuhan baharu ekonomi serta menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan pada masa depan.



Terdahulu, China mengumumkan langkah-langkah baharu dalam menangani perubahan iklim pada Sidang Kemuncak Climate Ambition Sabtu lalu, memperincikan matlamat negara itu untuk mencapai puncak pelepasan karbon dioksida sebelum 2030 dan neutral karbon menjelang 2060.

Antara langkah bakal diambil menjelang 2030 termasuk pelepasan karbon dioksida bagi seunit Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) susut 65 peratus berbanding 2005; jumlah simpanan hutan meningkat enam bilion meter padu daripada 2005; kapasiti penjanaan terpasang tenaga angin dan solar mencapai paras melepasi 1.2 bilion kilowatt.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading