BILA AKSI CIK B DI ‘MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2’ BUAT RAMAI BERDEKAH

Nampaknya program Muzikal Lawak Superstar telah pun kembali untuk musim yang kedua. Musim kali ini dibarisi juri hebat seperti Awie, Fazura dan Zul Ariffin. Kali ini paling menjadi perhatian ramai apabila anak usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B turut mengambil bahagian dalam program itu.

Image_1.jpg

Tampil menerusi kumpulan ABC terdiri daripada Achok dan Chiwan (Chilok) serta Cik B ternyata pesembahan mereka mendapat lima bintang daripada pihak juri.

Malah, sebaik sahaja Cik B muncul di pentas, ramai yang sudah berdekah melihat gayanya yang tersendiri dan menghiburkan. Para juri juga turut dilihat ketawa dengan lawak Cik B.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Melihatkan persembahannya itu, rata-rata netizen mengatakan mereka tidak sangka Cik B pandai berlawak dan mungkin boleh melangkah lebih jauh dalam bidang ini.

Di laman Twitter, rata-rata netizen memuji dan sememangnya sangat terhibur dengan persembahan Cik B. Tidak kurang juga ramai yang berharap Cik B dan ahli kumpulan dapat melakukan yang terbaik dan akan sampai ke pentas akhir.



Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg



BILA CIK B JADI PELAWAK PULA, SELEPAS BERGELAR PELAKON & PENYANYI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button