Lewandowski rangkul Anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA


Robert Lewandowski (Photo: Sven Hoppe/dpa)

18/12/2020 01:19 PM

LONDON, 18 Dis — Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski merangkul Anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA pada Khamis, menewaskan dua finalis lain Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, lapor Agensi Berita Xinhua.

Majlis anugerah tahun ini diadakan secara maya di ibu pejabat FIFA di Zurich, Switzerland.



Lewandowski, 32, dinobatkan pemain lelaki terbaik FIFA buat julung kali selepas mempamerkan aksi luar biasa dengan kelab Jerman itu.

Menjaringkan 55 gol dalam 47 perlawanan musim lalu, pemain kebangsaan Poland itu membantu Bayern Munich menyapu bersih perlawanan domestik dan Eropah selain menduduki tangga teratas Bundesliga dan tempat kedua Liga Juara-Juara Eropah (UEFA).

Pemain pertahanan England, Lucy Bronze memenangi Anugerah Pemain Wanita Terbaik mengalahkan Pernille Harder (Denmark) dan Wendie Renard (Perancis).

Bronze, 29, kembali ke Manchester City musim panas ini selepas tiga tahun di Lyon, dan merangkul tiga gelaran masing-masing untuk Liga Juara-Juara dan Liga Perancis.



Jurulatih Jerman Jurgen Klopp dinobatkan Jurulatih Lelaki Terbaik dua tahun berturut-turut apabila berjaya membawa Liverpool menduduki tangga teratas Liga England buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun.

Sementara itu, anugerah Jurulatih Wanita Terbaik menjadi milik Sarina Wiegman, 51, selaku jurulatih pasukan kebangsaan Netherland.

Beliau bakal membimbing pasukan wanita England tahun depan.

Rakan sepasukan Lewandowski, Manuel Neuer pula dinobatkan Penjaga Gol Lelaki Terbaik manakala penjaga gawang Lyon, Sara Bouhaddi mengungguli kategori wanita.



Penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min membawa pulang Anugerah Puskas untuk gol terbaik ketika aksinya menentang Burnley dalam persaingan Liga Perdana musim lalu.

Tercabar dengan aksi Da Sylva, rahsia kejayaan Omosuyi rangkul kasut emas




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading